PM USM: Latihan terganggu, pelajar USM cadang naik taraf peralatan klinik pergigian

SUNGAI DUA – Dewan Persidangan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) mencadangkan penambahbaikan serta penyelenggaraan menyeluruh terhadap kelengkapan dan peralatan latihan klinikal di Pusat Pengajian Sains Pergigian.

Usul tersebut dibentangkan oleh Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kesihatan, Nur Farhana Fazreen Anuaruddin yang menegaskan bahawa keberkesanan latihan klinikal sangat bergantung kepada kecekapan serta keselamatan peralatan yang digunakan oleh pelajar.

\”Kerosakan yang kerap berlaku terhadap peralatan utama seperti kerusi pergigian dan peralatan klinikal lain telah menjejaskan kelancaran sesi pembelajaran dan latihan.\”

\”Hal ini bukan sahaja menyukarkan pelajar untuk menguasai kemahiran klinikal secara menyeluruh, bahkan turut menjejaskan keyakinan mereka dalam melaksanakan prosedur pergigian sebenar.\”

Selain itu, kerusi pergigian yang tidak berfungsi dengan baik juga berpotensi mendatangkan ketidakselesaan dan risiko keselamatan kepada pesakit, khususnya apabila posisi pesakit tidak stabil sewaktu rawatan dijalankan.

Dalam usul tersebut, beliau turut menekankan bahawa imej dan reputasi Hospital Pakar USM (HPUSM) yang merupakan institusi berstatus APEX boleh terjejas sekiranya isu kerosakan peralatan tidak ditangani segera.

Reputasi institusi pengajian tinggi bukan sahaja bergantung kepada pencapaian akademik, tetapi turut dinilai berdasarkan kualiti kemudahan serta tahap keselamatan rawatan klinikal yang ditawarkan. Kelewatan dalam membaiki atau menggantikan peralatan yang rosak akan memberikan persepsi negatif kepada pelajar, pesakit dan badan akreditasi profesional.

Usul berkenaan turut mendapat sokongan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kesihatan, Muhammad Hanif Ariff, yang tampil membahaskan isu tersebut dengan penuh komitmen.

\”Pelajar bidang pergigian memerlukan suasana pembelajaran yang kondusif serta kelengkapan latihan yang lengkap agar dapat memberikan perkhidmatan yang selamat, cekap dan profesional kepada pesakit.\”

\”Aspek penyelenggaraan yang lemah bukan sahaja memberi kesan kepada pencapaian pelajar, malah boleh menjejaskan reputasi universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.\”

Usul tersebut mencadangkan agar pihak universiti memperuntukkan bajet tahunan yang lebih khusus dan mencukupi untuk membaik pulih serta menambah baik kemudahan klinikal di poliklinik pergigian HPUSM.

BACA JUGA:  Raya penuh makna, anak Pahang USM meriahkan Aidilfitri bersama

Selain itu, ia turut mencadangkan penggantian segera terhadap peralatan yang tidak lagi boleh dibaiki serta langkah modernisasi dengan memperkenalkan model baharu yang lebih tahan lama dan berteknologi tinggi. 

Penambahbaikan ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan latihan pergigian di USM terus mencapai tahap kecemerlangan selaras dengan standard antarabangsa.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...