Anwar akan ke Itali, Perancis dan Brazil perkukuh diplomasi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi selama tujuh hari bermula esok ke tiga pusat ekonomi utama dunia iaitu Itali, Perancis dan Brazil bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Ketiga-tiga negara itu merupakan rakan dagang penting Malaysia dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lalu, sekali gus membuka potensi besar dalam pertumbuhan sektor teknologi dan inovasi.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Anwar dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni di Rom untuk memperkasa hubungan ekonomi dua hala serta meneroka inisiatif baharu dalam bidang kebudayaan.

“Satu sesi meja bulat perniagaan akan diadakan, menghimpunkan peneraju industri dari kedua-dua negara yang pada masa ini merekodkan nilai dagangan antara Malaysia dan Itali berjumlah RM14.61 bilion.

“Turut dijadualkan ialah dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan bersama warga dan diaspora Malaysia yang menetap di Itali,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Perdana Putra, hari ini.

Di Paris, Anwar akan bertemu Presiden Emmanuel Macron untuk membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, teknologi dan pendidikan.

Katanya, nilai dagangan antara Malaysia dan Perancis kini berjumlah RM15.95 bilion.

Selain itu, Anwar akan menyertai sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat utama Perancis, berdialog dengan pemimpin komuniti Islam tempatan serta menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne.

“Perdana Menteri turut menyantuni warga Malaysia di Perancis,” katanya.

Dari Perancis, Anwar akan meneruskan perjalanan ke Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.

BACA JUGA:  Johari minta DBKL tangguh projek jalan, pertahan nasib penjaja Desa Pandan

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...