Lawan kanser demi impian jadi guru, Aisyah Humaira inspirasi buat semua

BANGI – “Selepas dapat tahu menghidap kanser payudara tahun lalu, saya tak fikir mengenai rawatan tapi dalam kepala hanya nak habiskan pengajian.”

Demikian luahan penuh semangat Aisyah Humaira\’ Mohd Aqbal, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman, Kedah, yang tetap meneruskan pengajian walaupun disahkan menghidap kanser payudara tahap empat.

Anak kedua daripada tiga beradik itu menceritakan bahawa dia terpaksa menjalani sembilan sesi kimoterapi dan beberapa pertukaran ubat disebabkan masalah keserasian, namun semangat untuk menamatkan pengajian tidak pernah luntur.

“Sebaik doktor sahkan saya hidap kanser, saya mohon pertukaran dari IPG Miri ke IPG Darulaman supaya lebih dekat dengan keluarga di Alor Setar. Walaupun kesihatan terjejas, saya tetap berusaha hadir kelas dan siapkan tugasan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen IPG Ke-15 di Bangi Avenue Convention Centre, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Lebih menyentuh hati, Aisyah turut berkongsi rasa terkilan kerana tidak dapat berkongsi kejayaan menggenggam ijazah bersama ibunya yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 2020.

“Arwah ibu yang banyak mendorong saya masuk IPG sebab beliau juga seorang guru bahasa Melayu. Kalau ibu masih ada, ini pasti hadiah terbaik untuknya,” ujarnya sebak.

Walaupun masih menjalani rawatan dan bergantung pada ubat, Aisyah menegaskan bahawa penyakit yang dihidapinya tidak akan mematahkan semangat untuk bergelar guru.

“Menjadi pendidik adalah cita-cita saya sejak dulu. Saya takkan jadikan sakit sebagai alasan untuk tidak menyumbang kepada anak bangsa,” katanya penuh tekad.

BACA JUGA:  Peniaga nasi lemak kesal nombor telefon disalahguna buat panggilan palsu kepada Bomba
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...