Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah bot keselamatan tertutup (lifeboat) terjatuh ketika latihan pemindahan kecemasan di kawasan luar pesisir Terengganu–Pahang, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika semua mangsa dipercayai berada dalam bot tersebut sebelum tali penyokong tiba-tiba terputus, menyebabkan ia jatuh dari ketinggian kira-kira 12 kaki.

Menurut sumber, empat mangsa yang berada dalam bot berkenaan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Bagaimanapun, tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28; Ahmad Fikri Zakaria, 38; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 36, dari Ipoh, Perak, dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sebelum dipindahkan ke HSNZ. Keadaannya dilaporkan stabil.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat, manakala ahli keluarga mereka dilaporkan telah tiba di lokasi hospital.

Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, termasuk semakan lanjut oleh syarikat pelantar minyak terbabit.

BACA JUGA:  Nahas TUDM: Dua juruterbang pesawat Hornet selamat
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...