PUTRAJAYAÂ â Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membuat satu pengumuman khas sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada pagi esok.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran ringkas di akaun rasmi Facebook miliknya hari ini.
âPerdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai. Nantikan,â tulisnya.
Pengumuman itu turut dinantikan orang ramai selepas Anwar sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengumumkan satu bentuk penghargaan luar biasa kepada rakyat, susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Anwar, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara tersebut secara menyeluruh sebelum membuat pengumuman rasmi.
Terdahulu, dalam satu hantaran media sosial minggu lalu, Perdana Menteri memberi bayangan mengenai satu pengumuman besar bakal dibuat sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, namun tidak menjelaskan secara terperinci bentuk penghargaan tersebut.
Hantaran itu turut disertakan tanda pagar #MalaysiaMadani dan #BersamaMalaysiaku, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai kemungkinan bentuk bantuan, insentif atau inisiatif baharu yang akan diumumkan.
Pengumuman berkenaan dijangka menarik perhatian seluruh negara, menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

