“Bayar RM300k tapi anak tunggu sampai 4 pagi untuk masuk wad”, Aliff Syukri luah rasa teraniaya

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa kecewa dan teraniaya selepas anaknya terpaksa menunggu hampir empat jam di hospital swasta sebelum dibenarkan masuk ke wad, meskipun beliau mendakwa telah membayar insurans kesihatan sebanyak RM300,000 untuk keluarganya.

Aliff menceritakan pengalaman itu apabila anaknya mengalami sakit teruk dengan simptom muntah berterusan sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara sekitar tengah malam, baru-baru ini.

“Anak saya Yusof demam, saya ni rasa teraniaya, lepas tu kena ‘hold’ daripada pukul 12 sampai pukul 4 pagi,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Menurut Aliff, pihak hospital memberikan alasan bahawa kemasukan ke wad ditangguhkan kerana proses pengesahan insurans tergendala apabila pihak syarikat insurans tidak menjawab panggilan.

“Alasan dia, insurans tak jawab telefon sebab tengah tidur. Saya bayar 300 ribu untuk insurans sekeluarga. Tapi bila waktu kecemasan, saya diminta bayar tunai,” katanya lagi.

Lebih mengecewakan, beliau berkata mereka tidak membawa wang tunai pada waktu itu dan terpaksa berpatah balik ke rumah untuk mengambil duit sebelum kemasukan ke wad dibenarkan.

“Bagai tersungkur di pintu syurga,” ujarnya.

Aliff turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih polisi insurans dan memastikan ia benar-benar berfungsi ketika kecemasan, bukannya sekadar janji manis ketika promosi.

“Kebanyakan insurans ni dia janji waktu nak jual boleh masuk wad, tak payah bayar. Tapi bila sampai masa, kita yang terkontang-kanting,” tambahnya.

BACA JUGA:  KPDN terima dua aduan berkaitan pelaksanaan bantuan Sara RM100
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...