Riau isytihar darurat, titik panas Sumatera meningkat drastik

JAKARTA – Pulau Sumatera di Indonesia kini berdepan lonjakan mendadak kejadian kebakaran hutan dan tanah pertanian, dengan jumlah titik panas meningkat 14 kali ganda daripada 94 kepada lebih 1,000 dalam tempoh hanya 10 hari.

Menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG), sebanyak 1,292 titik panas direkodkan setakat Isnin lalu, dengan Provinsi Riau menjadi kawasan paling terjejas apabila mencatatkan 582 titik panas, berbanding hanya 38 pada 12 Julai.

“Peningkatan ini berpunca daripada kemuncak musim kemarau dan kekurangan hujan di wilayah berkenaan,” kata Penyelaras BMKG Riau, Irwan Nasution.

Kesan kebakaran turut memaksa Kabupaten Solok dan Lima Puluh Kota di Sumatera Barat mengisytiharkan darurat, dengan 14 kecamatan terjejas dan jarak penglihatan dilaporkan merosot kepada hanya satu kilometer.

Sementara itu, helikopter pemadam dan pembenihan awan telah digerakkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) untuk membantu kawalan kebakaran di kawasan terjejas.

BNPB turut menjelaskan bahawa kebanyakan kebakaran berpunca daripada aktiviti pembukaan ladang menggunakan kaedah tebas dan bakar yang berisiko tinggi semasa musim kering.

Situasi ini berpotensi mencetuskan jerebu rentas sempadan, memberi kesan kepada negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.

Pusat Pemantauan Khusus ASEAN turut mengesan titik panas di Borneo dan sebahagian Semenanjung Malaysia, menandakan amaran awal terhadap penularan jerebu rantau ini.

BACA JUGA:  Penjawat awam Selangor terima insentif Aidilfitri sebulan gaji hari ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...