KPM beri kerjasama penuh siasatan kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tiada individu akan dilindungi atau terlepas daripada tindakan undang-undang dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan pihak polis dan menasihati masyarakat agar tidak membuat spekulasi.

“Saya mengikuti rapat kes kemalangan melibatkan anakanda Zara Qairina. Kes ini dalam siasatan polis dan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memberi kerjasama penuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Zara Qairina meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah pada 17 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Fadhlina berkata, JPN Sabah komited memastikan kebajikan keluarga, murid, guru dan warga sekolah terlibat terus terpelihara menerusi bantuan segera termasuk sokongan psikososial dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Salam takziah kepada seluruh keluarga. Semoga diberi ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya.

BACA JUGA:  Siti Saerah akui sudah tegur anak, mohon maaf atas sikap Amad Dayyan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...