5,000 peminat ‘galau’ dalam konsert Rumah Hati Nadhif, Fabio

5,000 peminat 'galau' dalam konsert Rumah Hati Nadhif, Fabio
Kehadiran luar biasa itu sekali gus membuktikan populariti kedua-dua penyanyi berkenaan semakin kukuh di Malaysia, malah konsert tersebut menjadi antara persembahan terbesar pernah mereka jayakan di negara ini selepas sebelum ini lebih banyak membuat persembahan di venue yang hanya mampu memuatkan sekitar 500 hingga 2,000 penonton. - Foto Adam Hafiz
KONGSI

KUALA LUMPUR – Fenomena muzik beremosi atau galau terus mendapat tempat di hati peminat Malaysia apabila hampir 5,000 penonton memenuhi Mega Star Arena bagi menyaksikan konsert Rumah Hati yang menghimpunkan dua penyanyi Indonesia, Fabio Asher dan Nadhif Basalamah, malam tadi.

Kehadiran luar biasa itu sekali gus membuktikan populariti kedua-dua penyanyi berkenaan semakin kukuh di Malaysia, malah konsert tersebut menjadi antara persembahan terbesar pernah mereka jayakan di negara ini selepas sebelum ini lebih banyak membuat persembahan di venue yang hanya mampu memuatkan sekitar 500 hingga 2,000 penonton.

Seawal kaunter tiket dibuka, ribuan peminat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda dilihat mula memenuhi pekarangan arena dengan mengenakan busana bertemakan merah hati dan putih, sekali gus mewujudkan suasana yang cukup meriah sebelum tirai persembahan dibuka.

ARTIKEL BERKAITAN