Pakej Pelancongan Rahmah tawar percutian bajet ke Langkawi

LANGKAWI – Pelancong kini berpeluang menikmati percutian tiga hari dua malam (3H2M) di Langkawi lengkap dengan lima aktiviti eksklusif hanya pada harga serendah RM500 melalui pakej pelancongan Rahmah yang baharu dilancarkan.

Pakej tersebut diperkenalkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan kerjasama penggiat pelancongan tempatan dan mula ditawarkan serta-merta.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man berkata, inisiatif itu turut menyokong Kempen Tahun Melawat Kedah 2025 serta menjadi pemangkin kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.

\”Pakej ini menawarkan kadar penginapan 3H2M yang berpatutan dan merangkumi sekurang-kurangnya lima pengalaman eksklusif yang dirangka dengan fokus kepada pelancongan kesihatan menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal dan kesejahteraan emosi,\”
katanya ketika pelancaran edisi kedua Pakej Pelancongan Langkawi di Hotel Goldsand semalam.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk lawatan ke Maha Tower dan Balai Seni Negara Langkawi, island-hopping menggunakan jet ski serta pengalaman memungut hasil laut seperti gamat dan ketam.

Menurut Abdul Hadi, pembangunan pakej ini dirangka selepas lawatan pengenalan selama tiga hari bersama rakan strategik pelancongan tempatan.

“Dengan adanya penerbangan antarabangsa terus dari Langkawi ke Bengaluru melalui IndiGo dan ke Emiriah Arab Bersatu melalui Flydubai, kami yakin pakej ini turut menarik minat pelancong dari India dan Timur Tengah,” ujarnya.

BACA JUGA:  Langkawi kembali jadi pusat pelayaran antarabangsa dengan RLIR 2026
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...