Kerajaan Kelantan puji tindakan pantas PDRM serbu perjumpaan \’lelaki songsang\’

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak polis atas tindakan pantas menyerbu satu perjumpaan maksiat membabitkan kumpulan lelaki songsang di sebuah rumah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa, bulan lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, tindakan tegas pihak berkuasa itu mencerminkan kesungguhan dalam menjaga maruah agama, memelihara ketenteraman awam dan mempertahankan nilai hidup masyarakat yang berlandaskan syariat Islam.

“Kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf sebarang bentuk budaya songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah satu kemungkaran nyata yang mencabar fitrah, merosakkan akhlak dan menggugat keharmonian sosial.

“Bumi Kelantan tidak akan dibiarkan menjadi tempat normalisasi maksiat yang jelas diharamkan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menggubal dan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai instrumen perundangan dalam usaha membanteras perlakuan tidak bermoral termasuk liwat, musahaqah serta segala bentuk kemungkaran lain yang mencemarkan kesucian agama.

Menurut Mohamed Fadzli, meskipun enakmen berkenaan pernah menghadapi cabaran di mahkamah, kerajaan negeri tetap komited untuk meminda dan memperkukuhkan peruntukan yang ada agar pelaksanaannya lebih berkesan.

Laporan media mendedahkan bahawa lebih 20 lelaki yang menyertai pertemuan kumpulan songsang itu terkejut apabila kediaman yang mereka sewa diserbu pihak polis dalam operasi khas yang dijalankan bulan lalu.

BACA JUGA:  Ketupat cepat basi? PHM kongsi tip elak rosak semasa raya
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...