Kain rentang iklan terbang hempap kereta dekat \’highway\’, netizen luah rasa bimbang

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau. Itulah gambaran yang sesuai bagi sebuah kejadian cemas melibatkan sebuah kenderaan yang ditimpa kain rentang besar yang tercabut dari papan iklan di Lebuhraya Persekutuan, di sini baru-baru ini.

Insiden tersebut dirakam dalam satu video yang kini tular di media sosial, memperlihatkan detik mencemaskan apabila kain rentang berkenaan tiba-tiba terbang melayang sebelum menghempap sebuah kereta yang sedang bergerak di lebuh raya berkenaan.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada Isnin itu dikatakan berpunca daripada tiupan angin kuat yang menyebabkan kain rentang tercabut dan jatuh ke laluan jalan raya.

Beberapa pengguna jalan raya lain dilihat memberhentikan kenderaan masing-masing sejurus kejadian berlaku, manakala kereta yang terkena hempapan kain rentang tersebut tertutup hampir keseluruhan bahagian atasnya. Setakat ini, keadaan pemandu kereta berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Insiden itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

\”Bahaya ni. Mengancam nyawa semua orang kat laluan tu,\” komen seorang pengguna.

\”Setiap iklan semestinya mempunyai kelulusan pemasangan dari pihak berkuasa tempatan. Dah banyak kali papan iklan jatuh sebabkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Risikonya sangat bahaya,\” komen seorang lagi pengguna.

\”Allah… tak terbayang kalau jatuh atas cermin kereta depan,\” luah seorang lagi pengguna.

Netizen turut menyeru agar pihak berkuasa tempatan dan agensi pengiklanan mengambil tindakan segera dengan memastikan semua struktur iklan yang dipasang berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya, terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu.

BACA JUGA:  Penduduk hilang sabar, bunyi ekzos motosikal gegar Putrajaya
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...