Pandu berbahaya, tunjuk isyarat lucah, pemandu bas didakwa

MELAKA — Seorang pemandu bas persiaran didakwa memandu secara berbahaya serta menunjukkan isyarat lucah terhadap orang awam dalam satu kejadian yang berlaku di daerah Melaka Tengah, semalam.

Insiden kira-kira jam 11.38 pagi itu tular di media sosial selepas satu video dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna, memaparkan tindakan pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pengadu yang memandu sebuah Proton Persona dari arah Plaza Mahkota menuju ke Kota Laksamana mendakwa kenderaannya dihimpit oleh sebuah bas persiaran di kawasan selekoh berhampiran Mahkota Medical Centre sehingga hampir melanggar kon jalan.

“Selepas membuat pusingan U dan meneruskan perjalanan, bas tersebut sekali lagi didakwa memotong serta menghimpit kenderaan pengadu di jejambat Syed Abdul Aziz sehingga hampir melanggar tembok.

“Pengadu kemudian mengekori bas terbabit sebelum ia berhenti di bahu jalan di kawasan Kota Laksamana dan anak pengadu turun bagi mendapatkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pemandu bas yang juga lelaki tempatan itu bertindak agresif dengan cuba memukul serta mengajak bergaduh.

Sehubungan itu, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan kerana melibatkan pemanduan berbahaya serta perlakuan agresif yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:  Pelajar UniKL tak sempat balik rumah, maut nahas kemalangan motosikal
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...