Pelajar UniKL tak sempat balik rumah, maut nahas kemalangan motosikal

SEREMBAN – Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur Kampus Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL-MITEC), Muhammad Nazhan Hilmi Mohd Shah, 20, maut selepas terbabas di Kilometer 246.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang ke rumahnya di Sungai Gadut, Seremban.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal menunjukkan mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R di lorong perlahan dari arah Johor ke Nilai.

Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti dan melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Perlanggaran menyebabkan mangsa hilang kawalan, melanggar pembahagi besi di sebelah kiri lebuh raya dan terjatuh di lorong kecemasan,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pihak polis sedang mengesan sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

BACA JUGA:  Tiada 'lockdown', hanya amaran elak KLCC – Mohamad Hasan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...

Kerajaan pertimbang ‘wfh’ secara berperingkat untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan peraturan kerja...