“UMNO mahu kesudahan baik buat Najib” – Mohamad Hasan

REMBAU – Pertemuan melibatkan 160 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara baru-baru ini disifatkan sebagai satu langkah positif yang mencerminkan kesepaduan dan komitmen ahli-ahli parti, menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, walaupun beliau tidak menghadiri pertemuan tersebut, maklumat yang diterima menerusi media menunjukkan hasrat yang jelas daripada pimpinan akar umbi.

“Saya tidak hadir malam itu kerana difahamkan pertemuan itu hanya melibatkan ketua-ketua bahagian sahaja, tanpa kehadiran ahli-ahli pentadbiran tertinggi parti termasuk saya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Setulus Kasih PTPTN di Dewan Agora, baru-baru ini.

Beliau turut mengulas mengenai desakan yang dibuat oleh kumpulan ketua bahagian tersebut agar titah adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikuatkuasakan segera.

“Saya hanya dapat tahu menerusi laporan media sosial dan akhbar bahawa mereka mendesak supaya titah adendum itu dilaksanakan dan meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyelesaikan perkara ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO bagi membincangkan isu berkenaan.

“Namun begitu, kes ini masih dalam proses mahkamah. Jadi kita serahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya terlebih dahulu,” tambah beliau.

Menurut Mohamad, UMNO sememangnya mengharapkan satu kesudahan yang baik untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, selaras dengan pendirian parti sejak awal.

BACA JUGA:  Azeem Fahmi cemerlang, layak ke suku akhir kelayakan NCAA
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...