“Abang saya nak bunuh saya,” lelaki minta tolong dalam LRT raih perhatian netizen

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sedang diekori oleh individu yang berniat membunuhnya sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna transit aliran ringan (LRT).

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @urbogrl dan kini mencecah lebih 3.4 juta tontonan itu menunjukkan lelaki berbaju hitam sedang berdiri dalam sebuah koc LRT sambil memegang beberapa dokumen, memohon bantuan daripada orang awam.

“Dari pagi dorang ikut saya kak, abang saya ambil insurans nak bunuh saya. Tak tipu kak, tengok kak. Abang saya nak bunuh saya, dorang nak ambil insurans,” kedengaran lelaki tersebut merintih dalam video berkenaan.

Malah, rakaman itu turut menunjukkan dua individu lain berpakaian hitam berada di koc berlainan dan dilihat memerhatikan lelaki berkenaan, seolah-olah menguatkan dakwaan dirinya sedang diekori.

Difahamkan kejadian berlaku di Stesen LRT Bangsar kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

Setakat ini, kesahihan dakwaan lelaki berkenaan masih belum dapat dipastikan sama ada benar-benar diekori dan terancam seperti didakwa.

Sementara itu, pihak Rapid KL dalam satu komen di media sosial telah memohon maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut bagi menjalankan siasatan.

“Hi, boleh kami dapatkan tarikh dan waktu kejadian untuk siasatan selanjutnya?” tulis Rapid KL di ruangan komen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ada beberapa pengguna yang mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang mualaf yang telah dibuang keluarga.

Menurut mereka, lelaki itu melarikan diri dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur kerana bimbang akan keselamatannya selepas didakwa menerima ugutan daripada ahli keluarganya sendiri.

“Kepada yang tidak tahu cerita, saudara ni mualaf. Keluarga tak suka. Keluarga ambilkan insurans untuk dia tanpa pengetahuan. Dia lari dari Johor sampai Kuala Lumpur dan masih ada orang ikut sampai pagi. Saudara ni dah buat laporan polis,” kata seorang pengguna.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian setakat ini. Kes tersebut dijangka akan mendapat perhatian lebih lanjut dalam masa terdekat.

BACA JUGA:  12 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Sumatera Barat
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...