Agong catat sejarah bertemu Putin pada lawatan negara pertama

MOSCOW – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mencatat sejarah apabila berkenan mengadakan pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sempena Lawatan Negara pertama Baginda ke Persekutuan Rusia.

Majlis sambutan negara berlangsung penuh istiadat di Grand Kremlin Palace, di mana Seri Paduka Baginda disambut secara rasmi oleh Presiden Putin di St. George’s Hall, sebuah dewan megah yang dihiasi tiang marmar putih dan salutan emas.

Sultan Ibrahim tiba di Kremlin sekitar jam 3 petang waktu tempatan, sebelum berangkat ke Green Room untuk menghadiri sesi mesyuarat rasmi bersama Putin.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamad Zin, serta Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.

Delegasi Rusia pula diwakili oleh pegawai tertinggi termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Yury Ushakov, Menteri Pembangunan Ekonomi, Maxim Reshetnikov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi, Valery Falkov, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar, Alexander Pankin, dan Timbalan Menteri Pertahanan, Alexander Fomin.

Pertemuan bersejarah ini menandakan langkah diplomatik penting dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia sejak hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1967.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu strategik, termasuk kerjasama perdagangan, pendidikan tinggi, keselamatan dan pembangunan teknologi.

Lawatan Negara ini akan diteruskan dengan beberapa lagi acara rasmi dan pertemuan bilateral sehingga 10 Ogos, termasuk lawatan ke Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan.

BACA JUGA:  Remaja Korea maut jatuh tingkat 24 'homestay' di Melaka
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...