Remaja Korea maut jatuh tingkat 24 ‘homestay’ di Melaka

MELAKA – Seorang remaja perempuan warga Korea berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini, petang tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pekerja keselamatan bangunan di kawasan bawah bangunan kira-kira pukul 2 petang.

Menurut sumber, mangsa datang bercuti ke Melaka bersama ibu bapa sejak minggu lalu dan dikatakan keluar untuk mengambil pesanan makanan sebelum kejadian berlaku.

“Bapa mangsa telah meminta anaknya turun untuk mengambil makanan pada pukul 1.30 petang dan menyedari mangsa tidak pulang ke unit penginapan selepas 20 minit menunggu. Dia kemudian turun mencari mangsa selepas gagal menghubungi telefon bimbit anaknya sebelum dimaklumkan kad akses unit kediaman miliknya ditemui di tingkat 24,” kata sumber ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambahnya, saksi yang juga pekerja keselamatan membawa bapa mangsa ke lokasi penemuan kad akses tersebut.

“Remaja itu bagaimanapun dijumpai di kawasan bawah bangunan dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar kejadian.

BACA JUGA:  “Kita boleh pergi jauh”, Cheng Wei percaya potensi Dukes
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...