Acha Septriasa sah bercerai sejak Mei lalu

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa sah bercerai dengan suaminya Vicky Kharisma selepas Mahkamah Agama Jakarta Pusat memutuskan perkara itu pada 19 Mei 2025.

Perkara tersebut tular selepas dokumen rasmi perceraian mereka tersebar di media sosial dan turut disahkan menerusi direktori Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Berdasarkan maklumat kes bernombor 1619PdtG2024PAJP Acha atau nama penuhnya Jelita Septriasa binti IR Sagitta Ahimsha telah memfailkan permohonan cerai pada 13 Disember 2024.

Mahkamah menjatuhkan keputusan secara verstek iaitu tanpa kehadiran pihak suami selepas Vicky dilaporkan tidak hadir meskipun telah dipanggil secara sah.

Keputusan itu melibatkan talak satu ba’in shughra dan kos perbicaraan sebanyak Rp2358000 ditanggung oleh pihak Acha.

Pasangan tersebut telah berkahwin sejak 11 Disember 2016 dan menetap di Sydney Australia sejak awal perkahwinan mereka.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Bridgia Kalina Kharisma yang dilahirkan pada 21 September 2017.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus apabila Acha memuat naik hantaran di Instagram dengan tanda pagar coparenting yang merujuk kepada penjagaan anak secara bersama selepas perceraian.

Walaupun Acha dan Vicky jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi sepanjang perkahwinan mereka berita perceraian ini tetap mengejutkan ramai peminat serta pemerhati industri hiburan Indonesia.

Kini Acha kembali aktif dalam dunia lakonan dan terlibat dalam beberapa produksi filem termasuk Qodrat 2 yang menjalani penggambaran di antara Jakarta dan Sydney.

BACA JUGA:  Muaz J akui masih bujang, \'saya dah buat live 3 tahun tapi tak jumpa calon\'
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...