Permohonan gali semula kubur pelatih PALAPES ditentukan 19 Ogos

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Selasa ini bagi mendengar notis usul permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang meninggal dunia ketika menjalani latihan bulan lalu.

Permohonan itu difailkan oleh ibu arwah, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta memulakan prosiding inkues terhadap kematian anaknya.

Peguamnya, Datuk Seri Naran Singh, mengesahkan perkara tersebut kepada media.

Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram, Johor.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi sebelum dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Selangor.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Tetuan Naran Singh & Co, Ummu Haiman menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, sebagai responden.

Beliau memohon agar kubur anaknya digali semula dengan kehadiran pakar forensik yang dilantik, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh, serta peguamnya.

Selain itu, beliau mahu Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk mengambil alih siasatan, memandangkan kenyataan media pegawai penyiasat sebelum ini memaklumkan tiada kecederaan berkaitan jenayah dikesan.

“Saya percaya pendarahan berterusan dari hidung anak saya adalah petunjuk bahawa arwah mungkin dipukul dan mengalami kecederaan pada otak serta dada,” katanya dalam dokumen permohonan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad, memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat sebelum melengkapkan siasatan kes tersebut.

BACA JUGA:  MINDEF rombak kurikulum Palapes bagi tarik minat mahasiswa sertai ATM
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...