Penjawat awam dapat duit sambung belajar – PM Anwar

PUTRAJAYA – Penjawat awam yang berjaya memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi menggunakan perbelanjaan sendiri kini bakal menerima insentif kewangan di bawah Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian HPA itu melibatkan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran semasa dalam perkhidmatan.

“Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri. Elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagi lah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta,” katanya.

Menurut Anwar, insentif ini akan memberi manfaat kepada 91,672 pegawai awam dan hanya diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan diri atas usaha sendiri.

Berdasarkan skim yang diumumkan, penerima ijazah kedoktoran falsafah (PhD) akan menerima RM1,250, ijazah sarjana RM1,000, ijazah sarjana muda RM750, manakala diploma atau kelayakan setaraf RM500.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.

BACA JUGA:  Bantuan Aidilfitri RM500 dibayar 13 Mac, legakan penjawat awam sambut lebaran
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...