Empat individu ditahan kes Jalur Gemilang dipasang terbalik di Pontian

0
168

PONTIAN – Seramai empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan di Pusat Perdagangan Pontian, di sini, hari ini.

Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki tempatan yang juga wakil pekerja sebuah klinik pergigian swasta.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here