Menurut kenyataan itu, kesemua individu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk siasatan lanjut.
“Premis berkenaan melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019. Empat individu terbabit termasuk pekerja dan pemilik premis akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” jelas kenyataan tersebut.
MPPn berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di klinik berkenaan sebelum dua anggota penguat kuasa digerakkan ke lokasi.
“Hasil semakan mendapati bendera Malaysia dipasang terbalik pada tingkap aras dua premis berkenaan. Namun ketika tiba di lokasi, premis tersebut sudah tamat waktu operasi.
“Pihak MPPn dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian menghubungi pekerja klinik untuk hadir ke lokasi, dan tindakan pembetulan segera dilaksanakan,” katanya.
Jelas kenyataan itu, kedudukan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik bersama bendera Johor turut diperbetulkan dengan pemantauan pihak berkuasa. – MYBERITA








