RXZ Members 7.0 terima suntikan dana RM300,000, tarik lebih 100,000 peserta

KUALA NERUS – Program RXZ Members 7.0 menerima suntikan dana keseluruhan sebanyak RM300,000 termasuk tambahan RM200,000 daripada Kerajaan Madani, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara permotoran terbesar di negara ini.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pada peringkat awal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membantu penganjuran program tersebut.

Menurutnya, Perdana Menteri kemudiannya berusaha mendapatkan tambahan dana RM200,000 lagi hasil sokongan syarikat korporat dan pihak swasta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000.

“Kita harap bantuan kewangan ini dapat menjadi suntikan semangat kepada penganjur muda untuk terus mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, hari ini.

Shamsul dalam masa sama menegaskan bahawa sumbangan tersebut tidak wajar dianggap bermotifkan politik, sebaliknya sebagai tanda sokongan Kerajaan Madani terhadap inisiatif anak muda yang berjaya menghimpunkan ribuan penunggang motosikal dari seluruh negara.

“RXZ Members bukan sekadar acara permotoran, ia platform besar yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang. Ia turut mencerminkan disiplin serta semangat tinggi dalam kalangan anak muda,” jelasnya.

Penganjuran RXZ Members 7.0 kali ini mencatatkan penyertaan luar biasa dengan lebih 100,000 peserta, termasuk penunggang dari Sabah dan Sarawak, menjadikan ia antara acara permotoran paling meriah di Malaysia.

BACA JUGA:  Kerajaan fokus pulih dana negara, tiada niat hukum orang sudah mati – PM Anwar
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...