MINDEF rombak kurikulum Palapes bagi tarik minat mahasiswa sertai ATM

SERDANG – Kementerian Pertahanan akan melaksanakan rombakan dan penambahbaikan terhadap kurikulum serta pengisian latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di seluruh Universiti Awam bagi memastikan penyertaan mahasiswa tidak menjadi sia-sia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu dilaksanakan setelah dikenal pasti beberapa silibus sedia ada yang perlu dirombak supaya lebih relevan dan bermanfaat untuk jangka masa panjang.

“Sekarang ini kita dah kenal pasti beberapa silibus yang perlu dirombak dan akan dilaksanakan supaya ia berguna pada masa akan datang. Kita mahu lebih ramai menjadi anggota simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita juga nak lihat mengapa tidak ramai yang tamat pengajian berminat sertai ATM, jadi kita akan lakukan tambah baik untuk bangunkan minat mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Syarahan Eksekutif Bersama Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, penambahbaikan itu turut bertujuan menarik lebih ramai mahasiswa untuk menyertai Palapes sebelum melanjutkan penyertaan mereka sebagai anggota tetap atau simpanan ATM.

Katanya, ketika ini terdapat 121,000 anggota tetap ATM berkhidmat di seluruh negara, manakala hanya 34,000 anggota simpanan, jauh daripada sasaran nisbah 1:1 yang ditetapkan.

“Kita akan usahakan untuk capai sasaran ini, kerana itu kita beri perhatian dalam soal pengisian silibus, bagaimana nak bangunkan minat mahasiswa dan seterusnya apabila tamat pengajian, mereka mahu sertai ATM,” katanya.

BACA JUGA:  Lelaki hentak, sepak pelajar madrasah ditahan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...