Video suami jemput isteri dengan bas tular, skrin papar “bini saya Rosnah” buat ramai terhibur

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan MRT laluan Putrajaya semalam bukan sahaja menimbulkan kesulitan kepada ribuan penumpang, malah turut mencetuskan satu momen mencuit hati apabila seorang suami bertindak kreatif menjemput isterinya yang terkandas.

Ekoran penutupan enam stesen iaitu Stesen Taman Equine, Putra Permai, 16 Sierra, Cyberjaya Utara, Cyberjaya City Centre dan Putrajaya Sentral susulan gangguan bekalan kuasa sejak jam 5.54 pagi, ramai penumpang terpaksa turun lebih awal di Stesen MRT UPM. 

Situasi itu mengakibatkan kesesakan luar biasa di kawasan berkenaan.

Namun di sebalik kekalutan itu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemandu bas menjemput isterinya dengan cara yang unik. 

Paparan skrin di bas berkenaan jelas tertulis, “Bini saya Rosnah! Sila naik bas”, sambil si suami membunyikan hon sebagai isyarat.

Aksi spontan itu bukan sahaja membuat penumpang lain terpinga-pinga, malah mengundang gelak tawa orang ramai yang berada di sekitar stesen.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rosnah, beliau terkandas selepas pulang dari kerja sebelum dijemput suaminya yang baru sahaja menamatkan tugasan.

“Pengguna setia public transport, tiba-tiba stuck dekat MRT UPM pulak petang tadi. Nasib baik husband dah settle job terus minta pick up! Maceh husband!” tulisnya di media sosial.

Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan gelagat berkenaan dan memuji kasih sayang suami isteri itu yang jelas terpancar melalui cara unik si suami menjemput isterinya.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Loke \'warning\' pemandu bas agar tidak buat dakwaan tanpa asas
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...