KUALA LUMPUR — Konvoi kemanusiaan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel setakat pukul 8.20 pagi waktu Malaysia.
Menurut maklumat terkini, seramai 12 peserta Malaysia telah dikenal pasti berada dalam tahanan selepas kapal-kapal flotilla dipintas di perairan antarabangsa.
Senarai nama peserta Malaysia yang ditahan:
- Haikal Abdullah (Sirius)
- Muaz Zainal (Sirius)
- Zulfadhli Khairudin (Sirius)
- Rusydi Ramli (Sirius)
- Iylia Balqis (Alma)
- Musa Nuwayri (Alma)
- Sul Aidil (Alma)
- Zizi Kirana (Huga)
- Farah Lee (Grande Blu)
- Danish Nazram (Grande Blu)
- Heliza Helmi (Hio)
- Hazwani Helmi (Hio)
Selain itu, dua lagi peserta dilaporkan terputus hubungan sehingga kini:
- Ardell Aryana (Mikeno)
- Razali Awang (Inana)
Misi flotilla tersebut disertai puluhan aktivis antarabangsa dengan tujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, namun berdepan tindakan agresif daripada tentera Israel.
Setakat ini, pihak penganjur flotilla dan keluarga peserta Malaysia masih menunggu maklumat lanjut berhubung keadaan mereka yang ditahan.
Berita selanjutnya menyusul.
