Amaran ribut petir di lapan negeri hingga tengah hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari susulan keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak,” katanya.

Di Selangor, ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat, manakala di Sarawak, kawasan Mukah serta Miri (Subis dan Miri) dijangka mengalami hujan lebat.

Sementara itu, di Sabah, cuaca buruk diramalkan di beberapa kawasan meliputi Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa cuaca buruk dijangka melanda seluruh wilayah Labuan dalam tempoh yang sama.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan angin kencang serta mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi www.met.gov.my dan saluran media sosial MetMalaysia.

BACA JUGA:  Kerajaan komited perkasa pendidikan, digitalisasi komuniti desa di Sabah – Ahmad Zahid
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...