Sukan SEA 2025: Harapan Aaron Chia–Soh Wooi Yik tuai emas untuk Malaysia

BANGKOK – Hasrat untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri di pentas final acara beregu lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian apabila hanya beregu utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, yang mara ke perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit, menyaksikan Aaron–Wooi Yik mempamerkan persembahan cemerlang dengan menewaskan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana, dalam dua set terus 21-10, 21-12 hanya dalam masa 33 minit.

Namun, impian untuk memastikan pingat emas sah milik Malaysia tidak menjadi kenyataan apabila gandingan kedua negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun, tewas di separuh akhir kepada satu lagi wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, dengan keputusan 16-21, 17-21.

Mengulas mengenai tugas berat untuk menghadirkan pingat emas pada aksi final esok, Wooi Yik berkata mereka tidak meletakkan tekanan berlebihan sebaliknya menumpukan fokus sepenuhnya di atas gelanggang.

“Itu (menang pingat emas) memang matlamat kami. Saya rasa kami tidak ada tekanan yang terlalu tinggi. Kami hanya fokus di atas gelanggang dan cuba mendapatkan pingat emas. Ada masa kalah, ada masa kami menang dan kami akan terus buat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Aaron menegaskan skuad badminton negara tetap boleh berbangga dengan pencapaian keseluruhan pada temasya kali ini walaupun sasaran empat emas dilihat sukar dicapai.

“Selain pingat emas, kami sudah capai sasaran tujuh pingat secara keseluruhan menerusi badminton. Walaupun sasaran empat emas nampak mungkin sukar, tapi yang penting kami semua sudah buat yang terbaik untuk membawa balik pingat ke Malaysia,” katanya.

BACA JUGA:  "Kami okay saja", Erysha Emyra ulas isu 'unfollow', bermasam muka dengan Qasrina Karim
Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...