PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim, hari ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dalam Kabinet Kerajaan MADANI.
Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim, semasa Sidang Media Khas Pengumuman Anggota Kabinet di Putrajaya.
Adam Adli, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, kini akan membawa peranan baharu di Kementerian Pendidikan Tinggi dengan tanggungjawab membantu menteri kementerian itu dalam merangka dan melaksanakan dasar serta inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Semua menteri dan timbalan menteri lantikan baharu dijadualkan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam 10 pagi esok.

