Sukan SEA 2025: Khairul Shaddad luah rasa kecewa, janji kembali bangkit

BANGKOK – Pesilat negara, Muhammad Khairul Shaddad, meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas tidak berjaya mencapai sasaran yang diimpikan pada temasya Sukan SEA kali ini, namun memberitahu beliau akan bangkit lebih kuat pada masa hadapan.

Menerusi satu ciapan di laman Instagram, Khairul Shaddad menyifatkan perjalanan beliau ke Sukan SEA tahun ini bukan sekadar menguji kekuatan fizikal, malah menuntut ketabahan jiwa dan keimanan yang tinggi.

“Alhamdulillah, perjalanan ini lebih daripada sekadar kekuatan. Saya datang ke Sukan SEA dengan harapan, kepercayaan dan seluruh kemampuan yang ada. Kali ini ia tidak berjalan seperti yang saya inginkan. Allah adalah sebaik-baik perancang,” katanya.

Dalam masa sama, atlet silat negara itu turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral dan doa, termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Rise Up Johor, barisan jurulatih serta ahli keluarga.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas setiap doa, mesej dan kepercayaan yang diberikan. Sokongan ini membantu saya menempuh turun naik perjalanan sebagai seorang atlet,” katanya lagi.

Mengakui keputusan tersebut menyakitkan, Shaddad memberitahu kegagalan itu menjadi pembakar semangat untuk beliau terus memperbaiki diri.

“Ini menyakitkan, tetapi ia juga menyemarakkan semangat saya. Saya akan bangkit, belajar dan kembali lebih kuat, insya-Allah,” ujarnya.

Beliau turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keputusan yang dicapai dan berjanji akan terus berjuang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa pada masa akan datang.

BACA JUGA:  Sukan SEA 2025: Skuad MLBB wanita Malaysia tewaskan Filipina, raih emas pertama bersejarah
Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...