PUCHONG – Tindakan seorang lelaki tersilap menekan pedal minyak ketika hendak meletakkan kenderaannya mengakibatkan dua buah kereta remuk di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Puchong Indah, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 28 Disember lalu, melibatkan sebuah Proton Persona, Perodua Myvi dan Peugeot.
âHasil siasatan mendapati pemandu Proton Persona berusia 40 tahun secara tidak sengaja menekan minyak ketika hendak meletakkan kenderaan sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi. Dalam keadaan panik, pemandu terbabit turut terlanggar sebuah Peugeot sebelum kenderaannya berhenti,â katanya dalam kenyataan hari ini.
Semua pemandu yang terlibat telah hadir membuat laporan polis, manakala pemandu Proton Persona berbuat demikian selepas menerima rawatan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-301 2621.
Terdahulu, kejadian ini menjadi tular di aplikasi Facebook apabila video menunjukkan sebuah kereta melanggar beberapa kenderaan di Puchong.

