‘Influencer’ didakwa rogol, amang seksual dua remaja mengaku tak salah

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial, Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja perempuan bulan lalu.

Iman Hazriq mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar dan Mohd Kafli Che Ali.

Di hadapan Hakim Tasnim, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan di dalam bilik sebuah kondominium di Wangsa Maju antara pukul 1 tengah hari hingga 8 malam, 22 Januari lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala di hadapan Hakim Mohd Kafli, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias, menawarkan jaminan masing-masing RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport, melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran, serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan, mangsa dan keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Peguam tertuduh, Mohamad Akmal Mohd Taufik, memohon supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang, menanggung ibu bapa dan dua adik yang masih bersekolah serta bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai kasut dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

Hakim Tasnim dan Mohd Kafli membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Kes sebutan seterusnya ditetapkan pada 4 Mac dan 2 April ini.

BACA JUGA:  Dua pelajar TAR UMT maut jatuh bangunan di kondominium Taman Melati
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...