Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail umum undur diri

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, hari ini mengumumkan keputusan untuk berundur selepas lima tahun memimpin saluran berita tersebut.

Dalam hantaran di laman Instagramnya, Ashwad mengimbas kembali perjalanan Astro AWANI sejak 19 tahun lalu, bermula dari kertas dengan impian dan harapan.

Beliau berkata pelantikan sebagai Ketua Pengarang lima tahun lalu pada usia 36 tahun adalah satu amanah penting daripada Astro Malaysia Holdings Berhad, yang menunjukkan kepercayaan berterusan dalam membangunkan bakat kepimpinan muda tempatan.

“Astro AWANI bukan sekadar sebuah bilik berita. Ia adalah misi membuktikan bahawa kewartawanan mampu berinovasi, kekal berprinsip dan berdaya maju secara komersial walau dalam waktu paling mencabar,” katanya.

Beliau menambah, keputusan untuk berundur diambil ketika jenama berita itu berada dalam keadaan kukuh dan mampan, serta penuh keyakinan terhadap apa yang telah dibina bersama.

Ashwad turut menyampaikan ucapan terima kasih dan memohon ampun serta maaf atas segala kekurangan sepanjang khidmatnya.

BACA JUGA:  Ramai \'kelik\' Kelantan dari malam tadi sampai pagi ini
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...