Tun Ramli angkat sumpah TYT Pulau Pinang kesembilan

KONGSI

GEORGE TOWN – Bekas Menteri Besar Perak, Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan dalam satu istiadat di Dewan Sri Pinang hari ini.

Tun Ramli, 84, dilantik menyandang jawatan itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 bagi tempoh empat tahun sehingga 30 April 2029, menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang tamat tempoh lantikan selepas berkhidmat sejak 1 Mei 2021.

Istiadat angkat sumpah yang bermula tepat jam 10 pagi itu menyaksikan Tun Ramli menandatangani surat sumpah jawatan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Rozana Ali Yusoff dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Long.

ARTIKEL BERKAITAN