Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, mencuri perhatian apabila karyanya dipilih sebagai hadiah eksklusif sempena ulang tahun ke-52 Putera Mahkota Brunei. 

Menurutnya, pada peringkat awal lukisan tersebut hanyalah opsyen C dalam senarai hadiah yang dicadangkan oleh pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

“Pada peringkat awal, lukisan saya hanya diletakkan sebagai opsyen C. Pegawai yang menghubungi saya turut menasihatkan agar tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana semua cadangan hadiah perlu melalui sesi pembentangan kepada pihak atasan.

“Walaupun cadangan itu dikemukakan pada saat-saat terakhir, hasil seni tersebut akhirnya menarik perhatian pihak atasan ABDB,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Lukisan berkenaan disiapkan di Malaysia dalam tempoh 20 hari, lebih pantas daripada kebiasaan iaitu sekitar sebulan setengah, sekali gus mencerminkan dedikasi dan ketelitian beliau dalam setiap perincian karya.

Tambahnya, antara elemen yang menjadikan karya tersebut lebih istimewa ialah penggunaan kain Silubang Bangsi, iaitu tenunan mewah Brunei yang menambah nilai eksklusif pada lukisan itu. Karya tersebut turut dihiasi dengan 52 potongan emas 999 sebagai simbol ulang tahun ke-52 Putera Mahkota Brunei.

“Setiap goresan dibuat dengan penuh teliti. Penggunaan kain Silubang Bangsi dan 52 potongan emas itu menjadikan karya ini lebih eksklusif untuk Putera Mahkota Brunei,” katanya.

Darwisy turut berpeluang berkunjung ke Brunei bagi menghadiri sesi sembah kenal dengan keluarga diraja serta majlis santap petang bersama kerabat diraja.

“Kesempatan hadir sendiri ke Brunei untuk sesi sembah kenal dan majlis santap petang bersama keluarga diraja merupakan pengalaman yang amat berharga dalam perjalanan seni saya,” ujarnya.

Menurut Darwisy, projek tersebut membuka peluang baharu dalam pasaran seni tempatan, khususnya dalam segmen lukisan hadiah korporat, selain membuktikan karya tempatan mampu menembusi pentas antarabangsa.

BACA JUGA:  Agong kurnia watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan Malaysia

Justeru, walaupun projek diraja bukan sesuatu yang boleh dijamin diperoleh secara berterusan, peluang kali ini menjadi bukti bahawa kreativiti dan dedikasi seniman Malaysia mendapat pengiktirafan di peringkat tinggi. – MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...