Kedai emas rugi lebih RM100,000, pasangan suspek larikan barang kemas

KONGSI

SHAH ALAM – Sebuah kedai emas di sini mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas tiga utas rantai tangan serta dua cincin emas dilarikan seorang lelaki dan wanita yang berpura-pura hendak membeli barang kemas, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang jurujual wanita berusia 26 tahun pada jam 4.55 pagi, Ahad.

\”Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, Sabtu, apabila kedua-dua suspek berpura-pura berminat untuk membeli barangan kemas. Ketika jurujual sibuk mengambil pelbagai barangan untuk ditunjukkan, suspek wanita bertindak mengambil beberapa barang kemas tanpa disedari,\” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN