Minuman jagung curi tumpuan jemaah masjid di UK

KUALA LUMPUR – Orang ramai dalam komuniti Islam di sebuah masjid di United Kingdom dilihat menikmati minuman air jagung, minuman popular rakyat Malaysia, semasa waktu berbuka puasa.

Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna menunjukkan jemaah yang hadir bukan sahaja menikmati air jagung tersebut, malah ada yang membawa pulang dengan mengisi ke dalam botol air masing-masing.

Dalam rakaman itu, seorang individu dipercayai sebahagian daripada komuniti Islam di sana meluahkan keterujaan terhadap minuman berkenaan yang disifatkan luar biasa.

@barberbawahtanah

Replying to @Sailormoon Siapa ajar imam guna pakcik 😭 Btw jom sama sama kita beri sumbangan untuk Projek Borneo: Misi Semporna. Maklumat lanjut dia ig @projek.borneo @Projek Borneo: Misi Semporna #manchester #semporna #barber #fyp

♬ original sound – Barber Bawah Tanah – Barber Bawah Tanah

“Abang-abang ini dari Malaysia, saya pakcik mereka di sini. Orang masjid di sini sangat gembira hari ini disebabkan air ini sangat luar biasa.

“Saya tak tahu dari mana mereka dapat (air jagung). Tetapi saya harap mereka boleh bawanya setiap hari ke sini,” katanya.

Video tersebut turut memaparkan pemuda dari Malaysia berkongsi pengalaman mendapatkan bahan-bahan untuk menyediakan air jagung di negara itu selain menunjukkan cara penyediaannya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata berasa bangga melihat minuman tempatan mendapat sambutan di luar negara, khususnya dalam kalangan komuniti Islam ketika bulan Ramadan. -MYBERITA

BACA JUGA:  MAPIM puji AirAsia benar kru bertudung langkah hormat identiti, hak pekerja muslimah
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...

Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa, MBJB sita tong di tempat parkir

KUALA LUMPUR – Taktik ‘cop parkir’ menggunakan tong cat,...

“Terima kasih ‘tagged’ saya”, Asyraf Wajdi arah siasatan isu konvokesyen MARA

KUALA LUMPUR – Isu kekurangan tempat duduk bagi sesi...

Harga minyak naik lagi, diesel RM6.72, RON97 RM5.35 seliter

KUALA LUMPUR - Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...