Cuaca panas melampau sampai pokok kurma pun berbuah lepas 20 tahun

KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca panas melampau dipercayai menjadi punca sebatang pokok kurma yang ditanam di halaman rumah akhirnya berbuah selepas lebih dua dekad.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, @Enche Areniep menerusi platform Threads, yang memaklumkan pokok kurma miliknya berbuah buat pertama kali selepas lebih 20 tahun ditanam.

Menurutnya, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas ditegur oleh kenalan yang ternampak buah pada pokok berkenaan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pertama kali berbuah. Baru perasan masa raya pertama bila ada orang tegur nampak buah, memang terkejut,” katanya di ruangan komen hantaran tersebut.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman hampir sama, apabila pokok kurma di kediaman masing-masing mula mengeluarkan bunga dan buah sejak kebelakangan ini.

Seorang pengguna mendakwa pokok kurma milik bapanya tiba-tiba berbunga, manakala seorang lagi berkongsi bahawa pokok kurma yang ditanam sejak tiga tahun lalu turut mula mengeluarkan hasil walaupun dalam jumlah kecil.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mengaitkan fenomena tersebut dengan peningkatan suhu cuaca di Malaysia yang dikatakan hampir menyerupai keadaan di kawasan padang pasir, sekali gus sesuai untuk pertumbuhan pokok kurma.

Fenomena ini secara tidak langsung mencetuskan perbincangan mengenai perubahan cuaca serta kesannya terhadap tumbuhan, khususnya spesies yang lazimnya hidup di kawasan beriklim panas dan kering. – MYBERITA

BACA JUGA:  Kebakaran stesen minyak, penduduk dakwa hujan batu pasir dan debu
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...