Potret keluarga Aliff Aziz curi perhatian netizen, wajah Bella didakwa ditutup untuk ‘marketing’

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad menjadi bualan ramai apabila didakwa menutup wajah pelakon, Bella Astillah pada beberapa gambar keluarga yang digantung di dinding kediamannya di Singapura.

Perkara itu disedari netizen menerusi sebuah video yang memaparkan Hafizah membuat ulasan mengenai kuih raya bersama Aliff Aziz dan suaminya, Aziz Sapdan.

Dalam video tersebut, beberapa foto keluarga yang tergantung di dinding rumahnya dilihat mempunyai bahagian wajah Bella yang ditutup dengan warna biru sehingga mencetuskan perhatian orang ramai.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perkara berkenaan sebagai tidak matang dan juga keterlaluan.

“Mak Aliff Aziz tidak pernah gagal membuatkan darah saya mendidih. Kalian jangan jadi mentua begitu,” kata seorang pengguna.

Terdahulu, Hafizah juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pertunangan Bella, sebaliknya dilihat berkongsi beberapa petikan kata-kata berunsur Islamik dalam InstaStory miliknya.

Untuk rekod, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.

Perceraian itu berlaku selepas Bella mendakwa bekas suaminya berlaku curang berulang kali sepanjang perkahwinan mereka.

Pada Ogos 2024, Bella turut mendedahkan keluarga bekas suaminya tidak pernah memohon maaf, malah didakwa menyokong wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. –MYBERITA

BACA JUGA:  Keluarga pasang khemah dalam rumah macam ‘camping’, atasi masalah bilik tak cukup...
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...