Video tular kereta kena ‘block’ sejam, wanita mengamuk tampil mohon maaf

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang tular selepas mengamuk akibat keretanya dihalang sebuah kenderaan di kawasan Wangsa Walk Mall dan AEON Big Wangsa Maju tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kejadian tersebut mula mendapat perhatian selepas beberapa video dimuat naik di Threads memaparkan wanita berkenaan meluahkan kemarahan apabila keretanya dipercayai dihalang oleh sebuah Perodua Ativa berwarna merah yang diletakkan secara ‘double park’.

Menurut perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa telah menunggu hampir sejam sambil membunyikan hon, namun pemilik kenderaan berkenaan tidak muncul dan tidak meninggalkan nombor telefon.

Difahamkan, keadaan itu menyebabkan wanita tersebut hilang sabar sehingga bertindak memukul kenderaan berkenaan dalam keadaan marah, dipercayai kerana perlu segera mengambil anaknya dari sekolah.

Selepas hampir sejam, beberapa lelaki dilaporkan tampil membantu mengalihkan kenderaan yang menghalang tersebut bagi membolehkan wanita itu keluar dari kawasan parkir.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu mendapati wanita tersebut tampil memohon maaf secara terbuka selepas mendakwa pemilik kenderaan berkenaan merupakan individu dikenali serta mempunyai perniagaan sendiri.

Insiden itu sekali lagi mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai sikap pemandu yang meletakkan kenderaan secara double park tanpa meninggalkan nombor telefon – MYBERITA

BACA JUGA:  Akmal Saleh disiasat berhubung video tular, dua laporan polis diterima
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...