‘Pokemon GO’ versi masjid, tarik anak muda imarah rumah Allah

KUALA LUMPUR – Semangat mengimarahkan masjid sepanjang dan selepas Ramadan terus terserlah apabila ramai umat Islam berlumba-lumba hadir ke rumah Allah bagi menunaikan ibadah.

Menariknya, satu inisiatif diperkenalkan oleh seorang individu yang membangunkan aplikasi dikenali sebagai ‘Jejak Masjid’ bagi membantu orang ramai merekod kunjungan ke masjid di seluruh negara.

Menerusi satu perkongsian yang tular, individu dikenali sebagai Loqman berkongsi aplikasi yang dibangunkan itu yang membolehkan pengguna menjejaki jumlah masjid yang telah dikunjungi.

Menurut Loqman, aplikasi tersebut berfungsi seperti diari digital yang merekod setiap kunjungan ke masjid menggunakan sistem GPS untuk mengesan lokasi pengguna.

Katanya, aplikasi itu diibaratkan seperti permainan Pokémon GO versi masjid yang bertujuan menarik minat anak muda untuk mengimarahkan rumah Allah.

“Aplikasi ini menggunakan GPS untuk mengesan lokasi masjid yang dikunjungi dan membantu pengguna melihat pencapaian mereka sendiri,” katanya.

View on Threads

Selain itu, aplikasi ini turut memaparkan beberapa ciri menarik seperti jumlah masjid yang telah dikunjungi, mata terkumpul, streak penggunaan, pencapaian serta senarai masjid berdekatan.

Setiap kali pengguna ‘check-in’ di masjid, mereka akan memperoleh 10 mata dan boleh melihat kedudukan dalam ranking bulanan.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian orang ramai yang berminat untuk mencuba aplikasi berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyifatkan aplikasi itu sebagai inisiatif yang baik untuk menggalakkan masyarakat terutama golongan muda ke masjid.

“Sukanya aplikasi seperti ini kerana mampu mewujudkan trend FOMO dalam kalangan anak muda untuk terus ‘check-in’ ke masjid,” kata seorang pengguna. 

Malah, ada juga yang mencadangkan supaya aplikasi tersebut dibuka untuk sumbangan bagi membolehkan ia terus berkembang.

Dalam pada itu, Loqman memaklumkan aplikasi tersebut kini memberi fokus kepada data masjid di Malaysia dan akan diperluaskan ke negara jiran seperti Brunei secara berperingkat. – MYBERITA

BACA JUGA:  RM400 untuk satu petak 'parking', Faiz dedah caj tapak niaga beban peniaga kecil
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...