RM400 untuk satu petak ‘parking’, Faiz dedah caj tapak niaga beban peniaga kecil

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan, Faiz Aizif mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan dirinya dikenakan bayaran sebanyak RM400 bagi satu petak parkir untuk berniaga di Baling, pada Rabu.

Dalam video penjelasan berdurasi lebih dua minit yang dimuat naik di laman Instagramnya, Faiz menyifatkan caj itu tidak munasabah kerana hanya melibatkan sewaan tapak kosong tanpa sebarang kemudahan asas seperti khemah, bekalan elektrik atau air.

“Bayangkan peniaga kecil yang hanya bawa 20 bungkus roti canai atau mee rebus, adakah mereka mampu bayar RM400 hanya untuk tiga jam berniaga? Saya rasa ia tidak relevan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN