Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan rakan universiti sendiri sehingga mengalami kerugian hampir RM37,000, manakala jumlah keseluruhan kerugian mangsa lain dianggarkan mencecah hampir RM2 juta.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Ariz Ramli, mangsa mendakwa suspek dipercayai menyalahgunakan kepercayaan rakan-rakan universiti dengan menawarkan jualan tiket penerbangan serta pakej hotel murah atas alasan memperoleh manfaat daripada syarikat tempatnya bekerja.

Katanya, suspek  bekerja di sebuah syarikat dikenali sebagai MLC selain sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial sehingga menimbulkan keyakinan dalam kalangan rakan-rakan terdekat.

“Suspek tahu bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan orang. Dia jual tiket murah dan hotel murah, katanya dapat daripada benefit syarikat.

“Instagram dia pun selalu tunjuk gaya hidup mewah, jadi kami percaya mungkin itu rezeki dia,” katanya.

Mangsa berkata, selepas beberapa tempahan tiket dan hotel berjaya dilakukan, suspek mula mempromosikan lebih banyak tawaran sehingga ramai rakan terdekat membuat pembelian dalam jumlah besar.

Namun, penipuan itu mula terbongkar pada awal Mac apabila suspek mendakwa telah diberhentikan kerja, sebelum mangsa mendapati syarikat yang dimaksudkan sebenarnya tidak wujud.

“Kami dapati dia tidak pernah bekerja di situ, pejabat pun tak wujud. Dia juga mengaku berasal dari Dubai dan sedang buat PhD, tetapi semuanya tidak benar.

“Malah dia pernah kata ibunya sudah meninggal dunia dan ayahnya koma lapan tahun, tetapi rupa-rupanya semua itu tidak benar,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai penipuan lain turut terbongkar satu demi satu sehingga mereka terkejut dengan tindakan suspek yang sanggup menipu rakan sendiri.

Menurut mangsa, setakat ini dianggarkan lebih 20 laporan polis telah dibuat oleh mangsa yang terlibat, namun keadaan suspek masih belum diketahui kerana tidak lagi membalas sebarang mesej atau panggilan.

BACA JUGA:  “Seronok ke gelakkan orang bela mangsa?,” Caprice ‘tanya’ Tun Laila

Katanya, penipuan tersebut bukan sahaja melibatkan tiket penerbangan dan hotel, malah turut membabitkan penjualan tiket umrah yang memberi kesan besar kepada keluarga mangsa.

“Kerugian ini memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan kami kerana ramai yang terlibat, termasuk tiket umrah yang telah dijual,” katanya.

Setakat ini, status terkini suspek masih belum dapat dipastikan dan pihak berkuasa dijangka menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...