KUALA LUMPUR – Tular satu rakaman video menyayat hati memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meraung kesakitan selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan di Jerantut, Pahang, 23 Mac lalu.
Menerusi satu perkongsian di Threads, mangsa dilaporkan dilanggar oleh sebuah kenderaan yang didakwa dipandu oleh anggota polis narkotik ketika berada di jalan kecil di tepi rumah neneknya.
Video pendek itu turut merakam detik kanak-kanak terbabit meraung kesakitan, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial.
Lebih menyedihkan, doktor memaklumkan bahawa mangsa berisiko mengalami kecacatan kekal selain memerlukan tempoh pemulihan yang panjang, dianggarkan sehingga dua tahun.
“Mohon doakan adik saya, M. Daiyyan Syahid. Luka dia sangat dalam dan teruk. 50 peratus saraf tidak dapat diselamatkan.
“Doktor kata kemungkinan cacat kekal dan ambil masa dua tahun untuk pulih,” menurut perkongsian tersebut.
View on Threads
Dalam masa sama, wanita berkenaan turut meluahkan rasa terkilan apabila individu yang terlibat didakwa hanya hadir pada hari kejadian, namun tidak lagi menjenguk mangsa sehingga kini. -MYBERITA

