Pemandu bas riba wanita sambil memandu, rupa-rupanya suami orang

JASIN – Seorang pemandu bas ekspres yang tular selepas dirakam meriba seorang wanita ketika memandu disahkan sudah berkahwin, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 36 tahun itu merupakan suami orang, manakala wanita dalam rakaman tersebut dipercayai kenalannya.

Menurutnya, kedua-dua individu berkenaan telah dipanggil bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita telah minta mereka tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk memberi keterangan,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 12 April kira-kira pukul 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan sebelum video berdurasi sembilan saat itu tular di media sosial keesokan harinya.

Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai apabila memaparkan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak di lebuh raya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan penumpang.

Difahamkan, insiden itu berlaku di laluan antara R&R Seremban hingga ke R&R Kulai.

Susulan kejadian, syarikat bas terlibat, Sri Maju Group, tampil memohon maaf dan mengesahkan pemandu berkenaan telah dipecat serta-merta.

BACA JUGA:  Video aib gelandangan, MCMC siasat pempengaruh tak beretika
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...