Banduan warga asing lolos diri berjaya di tahan semula

GOMBAK – Seorang banduan yang meloloskan diri pada 9 April lalu akhirnya berjaya ditangkap semula dalam satu operasi di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, semalam.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, tangkapan terhadap lelaki berkenaan dibuat kira-kira pukul 5 petang oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sehingga suspek berjaya diberkas semula.

“PDRM Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan tersebut berjaya ditangkap. Ia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat memburu seorang tahanan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, suspek dipercayai masih berada dalam negara ketika operasi mengesannya dijalankan secara berterusan oleh pihak berkuasa.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam ketika meloloskan diri.

Difahamkan, lelaki terbabit berdepan beberapa pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen.

Penangkapan semula suspek dilihat mampu meredakan kebimbangan orang ramai selain memastikan tahap keselamatan awam terus berada dalam keadaan terkawal.

BACA JUGA:  ‘Chubby salah, kurus pun salah’, Adam Lee dituduh ambil barang terlarang
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...