COMM@LiT 2026 perkasa penghuni transit melalui kelestarian komuniti

GEORGE TOWN – Program COMM@ Love In Transit 2026 (COMM@LiT 2026) meneruskan kerjasama tahun ketiga berturut-turut bersama Pusat Transit Harapan Pulau Pinang menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian dan pemerkasaan komuniti.

Inisiatif dengan sokongan berterusan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM) itu dianjurkan sebagai projek Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) jangka panjang yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti mampan melalui penglibatan aktif masyarakat.

Menurut Pengerusi Program Prasiswazah dan Penyelaras SULAM Pusat Pengajian Komunikasi USM, Dr Suriati Saad, COMM@LiT 2026 bukan sekadar program jangkauan komuniti bersifat sementara, sebaliknya menjadi platform pemerkasaan sosial yang memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti sasaran.

“Program ini memberi pengetahuan praktikal, kemahiran mampan dan peluang penyertaan aktif kepada komuniti untuk menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang,” katanya dalam ucapan pembukaan program.

Bertemakan “Social Responsibility, Empowering Lives”, program itu bukan sahaja memberi bantuan berbentuk aktiviti komuniti, malah membuka ruang kepada penghuni pusat transit mempelajari kemahiran baharu yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.

Fasa pertama program berkenaan telah dilaksanakan pada 16 Mei lalu oleh pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia di bawah bimbingan Penasihat Projek, Profesor Dr Jamilah Hj Ahmad.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), program berkenaan mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti bengkel pengkomposan, eco-enzyme, pertanian bandar, inisiatif kitar semula, gotong-royong komuniti serta kesedaran kesihatan pergigian.

Kira-kira 60 penghuni Pusat Transit Harapan Pulau Pinang mengambil bahagian secara aktif sepanjang program berlangsung, sekali gus mencerminkan sambutan positif terhadap usaha memperkenalkan gaya hidup lestari dalam komuniti transit.

Kejayaan pelaksanaan fasa pertama turut diperkukuh menerusi penglibatan pakar dan penceramah jemputan daripada pelbagai institusi termasuk Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Pusat Kajian Polisi USM, Pusat Pengajian Sains Biologi USM serta Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian).

BACA JUGA:  Penutupan sementara akses jalan ke KLIA Terminal 2 sempena lawatan Presiden China

Susulan kejayaan fasa pertama, COMM@LiT 2026 akan diteruskan pada 6 Jun depan dengan pengisian lebih tertumpu kepada seni untuk kesejahteraan mental, saringan kesihatan dan pengembaraan kesedaran alam sekitar bagi memperkukuh pembangunan komuniti secara holistik dan mampan.

Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...