PolitikSang Saka Bangsa berkibar, lebih 6,400 perwakilan warnai PAU 2026

Sang Saka Bangsa berkibar, lebih 6,400 perwakilan warnai PAU 2026

KUALA LUMPUR – Lebih 6,400 perwakilan UMNO dari seluruh negara berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) apabila kibaran Sang Saka Bangsa menandakan pembukaan rasmi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, hari ini.

Upacara menaikkan bendera UMNO itu disempurnakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Plaza Merdeka sebelum disusuli nyanyian lagu parti, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Acara penuh simbolik berkenaan turut disaksikan barisan kepimpinan tertinggi parti termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Seramai 6,403 perwakilan termasuk daripada sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri menghadiri PAU 2026 yang berlangsung sejak Rabu lalu hingga esok.

Persidangan tahunan itu turut mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa apabila kira-kira 450 petugas media berada di WTCKL bagi membuat liputan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Kibaran Sang Saka Bangsa menjadi antara acara tradisi utama PAU sebelum persidangan diteruskan dengan agenda serta amanat kepimpinan parti.

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” bergema menerusi nyanyian lagu rasmi UMNO sejurus bendera parti dinaikkan, sekali gus membuka tirai acara utama PAU 2026.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-