Wednesday, September 16, 2026
HomeNasionalJerebu di 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia cecah 184

Jerebu di 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia cecah 184

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di sebahagian besar kawasan negara terus membimbangkan apabila 38 lokasi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan beberapa kawasan di Lembah Klang menghampiri paras 200 petang ini.

Setakat pukul 2 petang, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi 184, disusuli Cheras, Kuala Lumpur (177) dan Nilai, Negeri Sembilan (173), berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Putrajaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan IPU 172, manakala Batu Muda, Kuala Lumpur berada pada 171 dan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan 169.

Keadaan tidak sihat turut melanda Minden, Pulau Pinang; Seri Manjung, Perak dan Petaling Jaya, Selangor yang masing-masing mencatatkan IPU 166, manakala Balik Pulau merekodkan 165.

Tasek Ipoh pula berada pada 163, sementara Tanjung Malim, Klang, Banting dan Kuala Terengganu masing-masing mencatatkan bacaan 162.

Antara kawasan lain yang masih berada pada tahap tidak sihat ialah Seberang Jaya dan Kuala Selangor (161), Seberang Perai (159), Taiping dan Temerloh (158), Sungai Petani (157), Bukit Rambai (156), Kulim Hi-Tech dan Jerantut (155).

Alor Gajah dan Tanah Merah masing-masing merekodkan IPU 154, Port Dickson (153), manakala Pegoh Ipoh, Indera Mahkota, Balok Baru dan Tangkak masing-masing berada pada 152.

Kemaman pula mencatatkan 151, diikuti Bandaraya Melaka (149), Paka (144), Besut (133), Kluang (117) dan Alor Setar (106).

Dalam masa sama, 25 kawasan lain mencatatkan kualiti udara sederhana, dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

“Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pukul 2 petang,” berdasarkan data semasa yang dipaparkan menerusi MyEQMS.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular